Akaun akademisyahadahpematap.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PUSAT AKADEMI SYAHADAH AL QURAN

"Memerlukan RM 20,000  Bagi Dana Pusat Akademi Syahadah Alquran Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak"



Pusat Akademi Syahadah Al Quran (PASAQ) merupakan sebuah Institusi Tahfiz Al Quran Swasta yang diasaskan oleh Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak (PEMATAP) pada April 2022 yang beroperasi di Masjid Lama Felda Lasah, Sg. Siput (U), Perak.

 

Pusat ini mengetengahkan pengajian syahadah al Quran (program pakar) di mana para pelajar yang ingin memasukinya adalah dalam kalangan mereka yang telah menamatkan hafazan al Quran 30 juzuk terlebih dahulu.

 


 

Pusat ini menawarkan yuran bulanan PERCUMA , ditanggung oleh Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak dengan sumbangan orang ramai.

 

Inilah PELUANG KEEMASAN kepada para dermawan untuk menyumbang bagi tujuan pembiayaan pengajian para pelajar.


"Memerlukan dana RM20, 000 Sebulan bagi menampung kos pengurusan dan kebajikan anak-anak Akademi Al Quran ini…" 



Semoga mendapat rezeki yang berlimpah, kesihatan yang selalu terjaga, dan dosa-dosa yang terampuni menjadi impian ramai orang. Selain berdoa dan meminta kepada-Nya kita juga digalakkan untuk bersedekah.

 

Dari Abu Hurairah: Sesungguhnya Baginda bersabda:

 

“Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah.” (HR Muslim danTirmidzi).



Gambar: Kelas Al Quran, Bahasa Arab & Tajwid


Bayangkan berkat sumbangan tuan puan asbab lahirnya para hafiz, smoga ilmu meraka yang dapat dan mereka akan sebarkan pahalanya mengalir berterusan kepada para peyumbang !!


Sumbangan tuan puan lah yang menanggung MAKAN MINUM mereka ..


Sumbangan tuan puan lah yang membayar GAJI GURU yang mengajar mereka ..


Sumbangan tuan puan lah yang membayar UTILITI yang digunakan ..


BETAPA BESARNYA PAHALA SUMBANGAN YANG TUAN PUAN BERIKAN ..



Gambar: Halaqah mengaji selepas Subuh

Kami memerlukan dana sekurang-kurangnya RM 20,000.00 sebulan untuk membiayai:


•    Makan minum pelajar

•    Gaji guru

•    Bil utiliti

•    Penyelenggaraan


Semoga dengan setiap SEN yang disumbangkan akan menjadi SEBAB untuk kita mendapat rahmat ALLAH S.W.T.


BERSAMA KITA MEMBINA GENERASI CEMERLANG AL QURAN